May 16
Nabi Muhammad Rasul Terakhir
Kepentingan manusia terpelihara dengan hanya menyerah diri kepada Allah. Dengan rahmatnya, Allah tidak melepaskan manusia bersendirian. Mereka diutuskan rasul-rasul yang diwahyukan kepada mereka dengan ajaran Allah dan hukum-hukumnya. Allah menerangkan dalam surah al-Nahl, ayat 36,
ููููููุฏู ุจูุนูุซูููุง ููู ููููู ุฃูู ููุฉู ุฑูุณูููุง ุฃููู ุงุนูุจูุฏููุง ุงูููููู ููุงุฌูุชูููุจููุง ุงูุทููุงุบููุชู
“Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut.”
Allah menjelaskan lagi dalam surah Ibrahim, ayat 4,
ููู ูุง ุฃูุฑูุณูููููุง ู ููู ุฑูุณูููู ุฅููุง ุจูููุณูุงูู ููููู ููู ููููุจูููููู ููููู ู
โ Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan Dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.โ
Islam yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul adalah sama pada prinsipnya yang berbeza hanya cabang syariat. Ia berdasarkan keperluan umat mengikut zaman masing-masing. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah lebih luas dan menyeluruh daripada syariat rasul-rasul yang sebelumnya. Nabi Muhammad diutuskan buat seluruh umat manusia dan jin sehingga Hari Kiamat. Manakala rasul-rasul sebelumnya diutus hanya bagi kaum mereka.
Nabi kita, Muhammad disempurnakan dengan risalah dan kenabian serta disempurnakan agama dengan selengkapnya. Allah menerangkan dalam surah al-Maidah, ayat 3,
ุงููููููู ู ููุฆูุณู ุงูููุฐูููู ููููุฑููุง ู ููู ุฏููููููู ู ูููุง ุชูุฎูุดูููููู ู ููุงุฎูุดููููู ุงููููููู ู ุฃูููู ูููุชู ููููู ู ุฏููููููู ู ููุฃูุชูู ูู ูุชู ุนูููููููู ู ููุนูู ูุชูู ููุฑูุถููุชู ููููู ู ุงูุฅุณููุงู ู ุฏููููุง
“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.”
Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi Muhammad pernah bersabda,
“Bandingan antara aku dan nabi-nabi sebelum aku ibarat seorang yang membina rumah. Dia membina dengan baik dan cantik, tetapi ada sekeping batu bata yang masih belum diletakkan di satu sudut. Kemudian orang ramai mengelilingi rumah itu dengan kagum melihatnya, lalu mereka berkata, “Mengapakah tidak diletakkan batu bata ini.” Nabi Muhammad berkata lagi, “Akulah batu bata itu dan aku adalah penutup segala Nabi.”
Hadis sahih riwayat Bukhari Muslim.
Islam yang dibawa oleh rasul-rasul yang terdahulu sudah dilupai, dipinda dan diselewengkan. Ini menyebabkan berlaku penyelewengan di kalangan pengikut yang kebelakangan dalam akidah, ibadat dan akhlak. Keadaan ini berterusan sehinggalah Nabi Muhammad dibangkitkan. Nabi yang diwahyukan dengan al-Quran dan mengemukakan sunnah yang teguh, matang dan tidak mungkin lagi dikelirukan. Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad menjelaskan segala masalah kehidupan manusia. Ia berkaitan dengan akidah, ibadat, politik, ekonomi, sosial, perdamaian dan peperangan. Al-Quran dan sunnah juga menerangkan segala hukum yang perlu dalam seluruh kehidupan manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa.
Kuliah Jumaat, 16 Mei 2008,
Masjid Rusila, Marang.
May 7
Islam Adalah Penyerahan Diri
Islam ialah agama rasul-rasul dan nabi-nabi sejak Nabi Adam sehingga nabi akhir zaman, Muhammad. Allah menjelaskan perkara ini dalam surah Ali Imran, ayat 19,
ุฅูููู ุงูุฏููููู ุนูููุฏู ุงูููููู ุงูุฅุณููุงู ู
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.”
Allah menerangkan lagi dalam surah Ali Imran, ayat 67,
(ู ูุง ููุงูู ุฅูุจูุฑูุงูููู ู ูููููุฏููููุง ูููุง ููุตูุฑูุงูููููุง ูููููููู ููุงูู ุญููููููุง ู ูุณูููู ูุง ููู ูุง ููุงูู ู ููู ุงููู ูุดูุฑูููููู (ูฆูง
“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang Yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.”
Allah menjelaskan lagi dalam surah al-Maidah, ayat 44,
ููุญูููู ู ุจูููุง ุงููููุจููููููู ุงูููุฐูููู ุฃูุณูููู ููุง
“Dengan kitab ini (Taurat) berhukum dengannya oleh para nabi yang menyerah diri kepada Allah (Islam).”
Islam bermakna menyerah diri kepada Allah. Taat pada perintah dan larangannya melalui wahyu. Para nabi dan rasul adalah orang yang pertama menyerah diri kepada Allah. Manusia diperintahkan mengikut nabi dan rasul supaya mereka sama-sama patuh dan menyerah diri kepada Allah. Tanpa penyerahan diri kepada Allah, mereka masih tidak dianggap Islam kerana Allah mengingatkan kita dalam surah an-Nisa’, ayat 65,
ูููุง ููุฑูุจูููู ูุง ููุคูู ูููููู ุญูุชููู ููุญููููู ูููู ูููู ูุง ุดูุฌูุฑู ุจูููููููู ู ุซูู ูู ูุง ููุฌูุฏููุง ููู ุฃูููููุณูููู ู ุญูุฑูุฌูุง ู ูู ููุง ููุถูููุชู ููููุณููููู ููุง ุชูุณููููู ูุง
“Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim Dalam mana-mana perselisihan Yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa Yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan sepenuhnya.”
Kuliah Jumaat, 2 Mei 2008,
Masjid Rusila, Marang.
May 2
Allah Maha Adil
Allah menjadikan manusia dan bumi, sebagai tempat kediamannya. Allah juga pencipta segala bahan-bahan alam yang mempunyai hubungan dengan manusia. Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja. Antara keadilan Allah yang maha tinggi pada manusia adalah memikul amanah di dunia. Mereka bertanggungjawab di atas apa yang dilakukan sebagaimana ajaran yang mengatur seluruh kejadian mereka yang meliputi rohani, jasmani, indvidu, masyarakat, moral dan material.
Perlu dijelaskan perbezaan antara kebenaran dan kesesatan, hak dan batil yang memberi manfaat dan memudaratkan. Seterusnya natijah daripada apa yang dilakukan oleh mereka sama ada ke syurga ataupun ke neraka. Agama Islam ialah penyuluh bagi manusia mengenail Tuhan pencipta alam. Manusia pula disuruh mengabdikan diri dan mengikut segala petunjuk Allah. Tujuannya supaya mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Allah melahirkan para nabi bagi mengajak manusia dan juga pemimpin mereka ke arah kebenaran, bermula daripada Nabi Adam dan keturunannya yang pertama. Seterusnya, diteruskan oleh nabi-nabi yang lain sehingga Nabi Muhammad, nabi akhir zaman.
Islam dibawa oleh rasul-rasul bagi menyelamatkan manusia supaya tidak terpesong daripada jalannya yang sebenar seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 213,
ููุงูู ุงููููุงุณู ุฃูู ููุฉู ููุงุญูุฏูุฉู ููุจูุนูุซู ุงูููููู ุงููููุจููููููู ู ูุจูุดููุฑูููู ููู ูููุฐูุฑูููู ููุฃูููุฒููู ู ูุนูููู ู ุงููููุชูุงุจู ุจูุงููุญูููู ููููุญูููู ู ุจููููู ุงููููุงุณู ูููู ูุง ุงุฎูุชููููููุง ููููู ููู ูุง ุงุฎูุชููููู ููููู ุฅููุง ุงูููุฐูููู ุฃููุชูููู ู ููู ุจูุนูุฏู ู ูุง ุฌูุงุกูุชูููู ู ุงููุจููููููุงุชู ุจูุบูููุง ุจูููููููู ู ููููุฏูู ุงูููููู ุงูููุฐูููู ุขู ููููุง ููู ูุง ุงุฎูุชููููููุง ููููู ู ููู ุงููุญูููู ุจูุฅูุฐููููู ููุงูููููู ููููุฏูู ู ููู ููุดูุงุกู ุฅูููู ุตูุฑูุงุทู ู ูุณูุชููููู ู
Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
Ayat itu menyatakan manusia pada asalnya mengikut petunjuk agama sebenar. Mereka bertelingkah lalu melakukan kejahatan di bumi dengan menentang jalan yang sebenar. Ada di antara mereka mencipta jalan sendiri. Kekufuran dan tipu daya syaitan menyebabkan mereka lupa atau sengaja melupakan jalan Allah. Maka Allah melahirkan para nabi supaya mengembalikan mereka ke jalan yang benar di samping memberi khabar gembira dan peringatan.
Menurut laporan Ibnu Abbas jarak masa di antara Nabi Adam dan Nabi Nuh adalah 10 kurun. Dalam jangka masa itu manusia masih berada di jalan yang benar. Apabila berlaku penyelewengan, lalu Allah mengutuskan Nabi Nuh. Kemudian diikuti rasul-rasul yang silih berganti. Mereka membawa syariat Allah menurut keperluan umat dan masa. Akhirnya dibangkitkan nabi kita, Muhammad. Nabi Muhammad diutus bagi seluruh pelusuk dunia. Nabi Muhammad diutus semasa suasana benar-benar memerlukannya bagi menghadapi dunia akhir zaman. Beliau diutus menghadapi dunia dengan ciptaan baru yang mencabar seluruh kehidupan di bumi Allah ini.
Kuliah Jumaat, 25 April 2008,
Masjid Rusila, Marang.
May 1
Akal Manusia Terbatas
Manusia adalah sebahagian daripada makhluk Allah. Walaupuin dibekalkan dengan akal yang dapat membeza dan memahami sesuatu, tetapi kita lemah bagi mengetahui hakikat kejadiannya. Mengapakah kita dicipta dan di manakah kesudahannya? Allah tidak membiarkannya begitu sahaja.
Manusia cuba mengkaji alam ini, kedudukan dan matlamatnya dengan akal kurniaan Allah. Berpandukan akal sahaja, manusia tidak mampu mengatasi kelemahan yang sedia ada pada dirinya. Akal tidak mampu memahami sesuatu di luar batas kemampuannya tanpa petunjuk daripada Allah. Kita lihat ahli-ahli falsafah ketuhanan kononnya membelakangkan wahyu Ilahi. Mereka meletakkan manusia yang mulia kejadiannya mengabdikan diri kepada sesama manusia, kebendaan, haiwan, kayu, batu, dan perkara-perkara ghaib yang diada-adakan.
Akal sahaja tidak cukup bagi manusia membezakan baik dan buruk menurut fitrah manusia yang sebenar. Di samping itu, terdapat perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui melalui wahyu dan syarak. Perkara-perkara itu seperti beriman dengan Allah dan sifat-sifatnya yang maha tinggi dan maha sempurna. Juga beriman dengan malaikat, hari kiamat, kebangkitan dan lain-lain.
Kuliah Jumaat, 18 April 2008,
Masjid Rusila, Marang.

